Sunday, December 27, 2009
bOxIng dAy..
Thursday, December 24, 2009
from Norwich with Love - Part VI (kerja)
lama dah x tulis kan, xde masa la… harini krismas, so x byk kerja, even though still kena pergi kerja…huhuhuh
Ingat dulu aku zaman krismas kat Norwich… aku x la sambut mana pun… tapi terasa la celebration dia… sepanjang bulan Dec tu dorang semua shopping sakan. Aku leh tengok je la…
Ni aku nak cite time aku kerja kat sana…aku cuba cari part time job, but for student, they only allow us to work for 20 hours per weeks, ok la kot campur tolak dalam 100 pound seminggu. Alasan utama aku nak cari kerja ialah nak kumpul duit sebenarnya… nak kawin bila balik nanti.. and x nak amek masa lama bila balik Malaysia nanti nak kahwin…
The first job was, housekeeper at Holiday Inn, huhuhu…. Aku kemas bilik kat hotel… tapi aku x selalu pun kemas bilik, aku ditugaskan untuk kemas lobby… kira toilet semua aku kena cuci la… ngan toilet2 girl sekali aku kena cuci… nak buat macam mana… nak cari duit lebih kan… bukan duit ayah bagi x cukup… Cuma aku x nak orang yg kat Malaysia susah bila aku xde… xpelah, aku redah je la….
Aku x pernah kerja ngan orang seumur idup aku.. . memula bila kerja tu, sifat memberontak sangat tinggi… macam x boleh di suruh..lama2 aku dah paham konsep bekerja… JOB means…Just Obey Boss…hehehe…so ok la…lama aku dah jadi rajin dah…
Kerja pertama aku ni jauh dari uni, kena naik 2 bas baru sampai ke tempat kerja… dah la tu, timing kena perfect, if not, masak la nak kejar bas… boss pertama aku nama dia Janice Bird, lovely lady…aku naik bas dari uni, sampai city tukar bas ke tempat kerja… pernah satu masa aku hampir jatuh sebab aku lari nak kejar bas satu lagi…. Sebab kat sana, kau kena lari kejar bas, bas xkan tunggu korang punya… so perkara biasa la kot jatuh2 ni….
Yang aku masih x ble lupa, aku kena gi kerja time winter, di saat orang lain seronok tido bawah duvet, aku kena lak bangun pagi tunggu bas. Masa tu “long-john” memang kawan karib la nak kasi warm… pernah aku menggigil kat bus stop tunggu bas… masa tu aku sorang je kat city centre tu.. kadang2 aku pk, napa la aku sibuk2 nak kejar 25 pound sehari ni, bukan bapak aku x mampu nak bagi belanja…aku fikir berbaloi ke semua ni…hehehehe… entah la, susah nak cakap, tengok la apa jadi sekarang kan…
Aku rasa aku kerja 3 bulan lebih je mcm tu, aku berhenti sebab, aku nak kena exam, n aku rasa research aku nak attention…. Aku ingat lagi, orang sibuk cuti holiday krismas, g paris, jalan jauh2…. Aku g kerja… almost tiap2 hari… 2 hari sebelum cuti abis baru la aku berhenti kerja, n start rasa cuti, start rasa bangun lambat, baru dpt jalan2 city…. Tapi itu semua dah terlambat… school dah nak start dah…
Lepas sebulan semester start, aku dah rasa bosan bila x bekerja… n plus kat Malaysia byk perkara2 yg memerlukan pertolongan aku… duit yg aku save makin lama makan sket…aku lak dah start stack protein dalam badan… mana tak habis duit…. So aku try apply job lain… kali ni kay Permier Inn…housekeeping jugak…hurm aku dapat kerja ni….nama boss aku dah lupa…tapi aku ingat nama Supervisor aku, Ann Scotter, she really pain in a**… aku hangin je ngan dia selalu… bila aku tengok attendant dia ada, aku jadi lemah semangat nak kerja…. Mana x nya, cerewet gila…
Nak jadikan cerita, aku sorang je lelaki.. and most of the housekeeper orang Poland, so x reti sangat cakap English… satu hari, aku kena kemas nak dekat 10-15 bilik…. 20 min je allocation satu bilik, so means, 5 jam yg dia kasi patut leh siap la… tapi tulah 5jam kau berdiri…berjalan sana sini, pastu aku kena salin duvet sheet tu… if bed sheet memang senang… duvet kau kena kibas toto tu… dah la besar2 duvet dia… memang mencabar la…
Byk pengalaman second job aku… yg masuk2 bilik tengok orang ngah “seronok” lah, kalau setakat kutip condom atas lantai ni x yah cite la… dah muak.. dah la aku selalu kerja ari ahad, so lepas malam minggu memang la korang x yah bayangkanlah…. Tabah kan jela hati ngan dugaan idup ni….
Yang best nye, if ada guest lagi dalam bilik time kita ngah service, selalu aku dapat tips…kadang2 1 pound, 2 pound, paling byk aku dapat 5 pound untuk satu bilik…bestla…aku kerja sejam baru dapat 5.4 pound je… if dapat tips biasa aku g makan la… selalu g makan ayam gorng or pizza lepas kerja.., yelah satu meal dah 5 6 pound, mana aku leh afford kan… yang bagi makan pun ada.. tapi minum selalu yg alcohol la, mana nak layan kan…
Waktu kerja ada break… 30 min…so aku selalu bawak bekal, roti 4 keping, yg dah siap2 sapu ngan margerin and sugar…naik muak pun ada.. tapi tulah…nak wat camna, kena la teruskan idup… housekeeper lain selalu kumpul kat office kat ground floor, but aku prefer break kat linen room kat floor yg aku incharge… duduk atas linen yg baru basuh.. pernah aku terlelap sebab letih sangat… kadang2 aku lepak je dalam bilik tngok tv…. Tapi selalu nya aku lepak dalam linen room so ble call Malaysia… ala call dia je pun…masa tu ok la lagi….
Bila spring start, aku suffer.. tetiba aku demam teruk.. selsema yg agak teruk… maybe sebab debunga bunga byk dalam udara kan… tapi aku gi kerja gak..ingat lagi…hingus n batuk aku berdarah… setiap kali aku buang hingus…akan keluar darah yang agaj byk.. tapi aku kerja gak… x pernah ponteng… sampai aku almost tumbang dalam bilik sebab ilang balance….nak wat camna kan…nak cari duit kan…
Hotel aku kerja kali ni located betul2 sebelah railway station… mmg betul2 kat city centre… bestla… lepas kerja, aku mesti jalan2 makan potato chips ngan hot chocolate kat market… masa tu la aku belajar window shopping… tapi aku kat Malaysia aku kena marah lak bila jalan2 x beli barang… dah biasa kot masa kat sana..
Dapat gaji setiap jumaat, lebih2 gaji leh la makan sedap sket, tgok wayang ke kan…tapi dah nak dekat balik, aku berhenti, tapi aku berhenti awal gak la…sebab nak concentrate study… duit pun ok la dah byk…. Tapi aku x tau la mana silap dia.. duit tu mmg la aku nak buat untuk kahwin.. mmg aku x jadi kahwin..tapi satu sen pun duit yg aku cari sendiri tu dah xde kat aku… aku pun hairan..tapi tulah.. manusia ni bila kecewa mmg susah nak buat pertimbangan yg betul..x kisah dah time tu…..
Kurang2 aku ada pengalaman idup susah cari duit…aku x pernah nak cite kat sapa2 aku susah nak cari kerja cari duit kat sana… biarlah jadi pengalaman idup…berbaloi ke tidak penat lelah aku…. Lu pikir la sendiri….hehehe
