Sunday, October 12, 2008

weekend aritu...aku terharu...

"Ketenangan ada dalam hati, tak jumpa kerana tak menghayati"

Mana pulak la datang benda ni kan. Ha inilah nak cerita, aritu masa buka facebook tetiba ada orang add aku, eh macam aku kenal, rupa-rupanya adik angkat aku... dah lama dah aku x contact dia, lama sungguh, sampai aku segan dah nak tegur sapa dengan dia... terdetik hati aku nak add dia balik... dia pun masa tu online, apalagi menjawab la aku memberi alasan...

disebabkan terlalu banyak nak cerita, aku decided nak jumpa dia, dapat la jumpa dia, walaupun sekejap je, tapi aku rasa seronok sangat, macam dapat bateri baru plak dalam hidup aku... dia byk dah berubah, tapi still adik aku lagi...

kitorang cerita apa yg kitorang dah terlepas dalam diri masing2, cerita aku biasala, x byk, balik2 cerita pasal "si dia" la. Dia plak cerita apa yg dia dah lalui sepanjang aku x contact dia... nak tau hasil dia? Dia menang Anugerah Pelajaran Diraja Univiersiti Malaya baru2 ni...

mana la aku tak bangga... bukan aku tak sangka... tapi tak jangka, dia akan sampai ke tahap ni... dulu waktu sekolah2, selalu lepak borak sama2... alih2 dah jadi orang yang berjaya dah...sekarang aku dah naik segan dah dengan dia...
dia terlalu berpengaruh... terlalu dihormati di kalangan rakan2 nya...


yang membuatkan aku terharu... dia masih lagi ingat kat aku.... abg dia yang lama x contact dia... dia yang cari aku, bila tau account friendster aku dah ku delete (you know why). bila borak2 aritu, dia masih ingat apa yang pernah berlaku antara kitorang, semua kenangan2... aku mcm terkedu gak bila ada lagi orang mcm dia kat dunia ni, yang masih ingat lagi jasa orang lain, padahal sikit je aku berbudi pada dia, tapi dia masih lagi ingat tu...

dia kata dia nak wish masa birthday aku yang lepas... tapi x tau nak cari aku mcm mana. Itulah aku, waktu tu aku sibuk tunggu wish dari orang lain yang dah tak kisah pasal aku... padahal ramai je nak wish aku lagi... dah bertahun x jumpa... tapi dia masih ingat lagi birthday aku.. thanks dik...

bila dia kata dia mcm teragak-agak nak ke sunway pyramid, aku mmg terkejut, tak sangka lak dia masih lagi ingat peristiwa tu... xpe dik, waktu tu kita masih muda lagi, tak tahu byk benda pun lagi...

byk la yang kitorang cerita, dia masih lagi macam dulu... byk cakap... hahaha sorry dik. Tapi dulu masa sekolah dulu, kalau time mood dia takde, mmg berjumpa pun tak nak, tapi sekali dia happy ha amek kau... mengantuk2 la tunggu dia abis bercerita....

ada la berlaku sessi kaunseling sedikit sebanyak aritu. Di saat aku sangat2 memerlukan sokongan, dia hadir balik dalam hidup aku... Terima kasih dik, abg rasa gembira sangat dapat jumpa adik balik... byk perkara yang abg belajar walaupun sekejap je kita jumpa aritu... n abg x kan lupa nasihat2 adik...

dia byk kekasih....hahaha, yelah orang famous dalam universiti kan, byk la yang minat. elok la tu. mana2 je pilihan adik abg sokong... jangan jadi macam abg nanti sudah...

so far, weekend ni yang paling seronok waktu aku kat malaysia sejak bulan 4... aku harap sangat aku dapat spend more time wif him next time... dan aku janji, satu hari nanti aku nak tunjuk kat dia plak... yang aku boleh recover dan akan berjaya dalam career plak... dik we still competing
tau... adik pun cakap aritu... x nak kalah dengan abg... walaupun kita berjuang dalam bidang yang berlainan... tapi competition still on..... and abg janji... abg x kan hilang lagi...

No comments: