Sebelum aku terlupa... aku nak tulis apa yang aku dapat akhir2 ni...
"Tidak beriman seorang itu selagi dia tidak diuji".
Iman bermaksud mengaku dengan hati dan lisan bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Cukup ke dengan mengaku je dah menunjukkan kita ni beriman. Ujian yang dimaksudkan ialah bila kita ditimpa bencana or musibah, ke mana hala tuju kita selepas itu, mengeluh ke kita, ke merungut ke kita? Atau semakin kita rapat dengan Allah dan percaya bahawa tidak akan berlaku sesuatu apa pun di di dunia ni melainkan atas kehendak-Nya....
Begitu jugak dengan kesetiaan. Cukup ke hanya dengan mengucap berkali2 kepada pasangan kita yang kita akan sedia setia cukup untuk membuktikan kita betul2 setia? Kita boleh di anggap pasangan yang setia apabila ujian datang dalam bentuk seseorang yang lain yang jauh lebih baik dari semua segi dari pasangan sedia. Orang baru tu sanggup menawarkan sessuatu yang lebih baik dari segi paras rupa dan sebagainya yang jauh kalau nak dibandingkan dengan yang pasangan kita ada sekarang.
Mungkin pada mulanya kita akan tergoda khasnya golongan lelaki kerana semulajadi kejadian wanita itu sifatnya menggoda. Tapi kalau kesetiaan kita kuat, kita akan mula sedar apa yang kita buat itu salah dan akan balik pada kekasih sedia ada atas dasar setia...
Tidak ada manusia yang sempurna. Kalau korang dah jumpa pasangan sempurna... Korang memang bertuah... Bagi aku, aku suka seseorang atas kelebihan yang ada pada dirinya...Tapi aku akan sayang seseorang atas kekurangan nya. As i am not perfect either, so we will complete each other...Then we can be called perfect...
So sekiranya korang mengaku setia...Tapi bila jumpa yang lebih baik korang akan tinggalkan si buruk yang korang ada sekarang dan pergi pada si sempurna dan mengaku akan setia jugak...
Macam mana kalau nanti datang ujian datang lagi seseorang yang lebih sempurna? Sempurna kuasa 2 lagi. Korang akan sedia setia? Boleh percaya ke?...
Macam tu jugak dengan beriman kepada Allah. Bersungguh kita bertahlil waktu kenduri, beratus2 kali menyebut kalimah syahadah... Tapi bila ujian Allah datang kita merungut... Kita mengeluh. Perkataan "kalau" x lekang di mulut. Sikit2 "kalaula aku x tu... kalaula aku x ni... mesti x jadi mcm ni..."... Perkataan kalau ni memang ajaib.. Dilayankan perkataan kalau ni, binatang yang haram tu pun boleh terbang.
Sepatutnya kita rasa bertuah bila di hujani ujian...Sekurang2nya Allah masih ingat kepada kita untuk diturunkan ujian... Banyak lagi yang aku kena belajar dalam nak bangun balik ni. InsyaAllah satu hari nanti aku pulak akan jadi golongan memberi nasihat... Bukan lagi menerima nasihat... InsyaAllah....
Wednesday, September 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment